Sunday, August 22, 2021

RANCANG KEWANGAN ANDA GANDAKAN UNTUK MASA AKAN DATANG

 Assalamualaikum.. 

Salam bulan kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia, alhamdulillah kita diberikan lagi peluang untuk menghirup udara pada hari ini. Semoga kita semua didalam lindungan yang maha esa. 

Ingin saya berbicara berkenaan rancangan kewangan kita pada masa akan datang, adakah kita sudah mempunyai simpanan yang cukup atau pun ade rancangan tambahan untuk hari pencen nanti. Nau'zubillah Jika kita terkena sakit kritikal yang tidak memboleh kan untuk kita bekerja keras seperti sekarang, sudahkan kita ada secukupnya sekurang2 nya untuk kita bernafas lega tanpa bebanan kewangan?? 

Alhamdulillah kemungkinan kita sudah ada KWSP (sekarang mungkin ade yang dah keluarkan untuk rumah/i-citra/i-sinar), asb Mungkin juga dah tahap maksimum? ok sedikit kelebihan jika kita mampu tambah lagi pelaburan yang bagus dan baik buat masa sekarang yang mungkin hanya bayar pada jangka masa pendek, tapi ianya pendapatan pada masa panjang yang sangat menarik.

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN PELABURAN PATUH SYARIAH INI DALAM MASA 20 TAHUN??

* Melangsaikan hutang Rumah yang mungkin pada ketika itu sudah hanya tinggal beberapa RM sahaja lagi untuk diselesaikan
* Melangsaikan hutang/membeli kenderaan baru untuk keselesaan kita dihari tua nanti untuk pergi melawat cucu.
* Membuat kenduri keraian perkahwinan anak kita nanti.
* Membayar yuran pengajian/perbelanjaan anak - anak kita ketika mereka masuk ke IPT nanti.
* Pergi haji dengan pakej yang lebih selesa.
* Lain - lain perkara yang kita boleh buat lagi.

jadi dengan beberapa perkara diatas memang sangat menarik bukan? untuk pengetahuan semua di AiA Public Takaful juga ada pelaburan yang sangat menarik dan unjuran pencapaiannya sangat baik, jadi jika anda mahu tahu lanjut boleh hubungi saya di whatsapp link bawah ni.



Plan pelaburan yang saya maksudkan itu adalah ENRICH REZEKI
walaupun baru dilancarkan pada MAY2021 haritu oleh AiA tapi dia punya perfomance sangat bagus, macam mana saya boleh tau performance bagus sedangkan ianya baru sahaja dilancarkan? saya akan beri maklumatnya dibawah:-

* Pilihan Pelan simpanan selama 5 tahun atau 10 tahun sahaja dan nikmati GANJARAN selama 20 Tahun‼️
* Satu cabang pelaburan anda akan di labur di HSBC Islamic Global Equity Index Fund‼️(Ni sudah lama di HSBC)
* Selama 3 tahun terakhir menunjukkan prestasi yang memberangsangkan 📈 sehingga 79.90%‼️

Nak tunggu dan fikir lama? akan menyebabkan kita kerugian dalam masa pelaburan!! anda boleh whatsapp saya segera untuk saya berikan penjelasan serta consultation secara percuma!!

                         >>>>>>>>>wasap.my/60166993998/enRezeki <<<<<



(Ni print screen pada Graft Bloomberg)


Tuesday, August 3, 2021

DARI TRAVEL PLANNER KE LIFE PLANNER

 Assalamualaikum.. salam PkP salam lockdown.. 


Pejam celik makan pejam celik makan... dah setahun lebih dah terkurung dalam negara dan stay safe dirumah.. dari mana punca sebenar virus sampai sekarang terasa diragui lagi.. InshaaAllah jom kita berdoa bersama2 agar virus ni akan terus hilang dari dunia ini, dan semoga kita terus stay safe bersama insan tersayang dirumah.

Jadi seraya dengan apa yang terjadi, diri ini juga terpaksa mencari alternatif lain untuk teruskan perjuangan duduk dirumah dan makan tidur bangun makan dan tidurrr lagii.. ehh!! betul lah tu.. tapi di sulam dengan kerja dari rumah WFH. 

 

Ok! bukan nak cerita pasal Virus tapi sedikit perkongsian berkenaan diri ini yang dulunya seorang Traveller & Travel Planner atau lebih dikenali dengan Tour leader, kerja dulu memang asyik travel setiap tahun tak lepas, bawak ramai peminat - peminat saya travel bersama... ehh!!! silap.. acah2 retis kerr!! bawak pelanggan terbang menerjah bumi luar. alhamdulillah sudah terjah ke beberapa negara walaupun tak banyak lagi. 


Negara yang paling dirindui semestinya Saudi Arabia iaitu lebih tepat Mekah Dan Madinah. bawak tetamu kesini lain dari bawak tetamu ke negara - negara luar yang lain, kerana disini boleh terjalinnya hubungan ukhwah, boleh terjadinya macam - macam dugaan, boleh juga terjadinya keluarga eh!! kena kenen dengan anak client pun terjadi jugak.. hehe.. ops!!  get back to your topic please!!!  

Berbalik pada Travel Industry sekarang ni memang sangat tenat tiada langsung income yang dapat dan bantuan pun agak sedikit berbanding apa yang pemain industri itu sendiri beri kepada negara. fact sebelum tecetusnya c-19 ni, Travel Industry ni merupakan antara pendapatan utama negara. Ada banyak jugak syarikat yang terpaksa gulung tikar, ade yang tukar perniagaan buat sementara.

Dulunya ajak orang pergi berjalan dan pastikan mereka puas hati dengan percutian mereka, kini diri ini ingin mengajak orang membuka minda untuk lebih terancang dalam beberapa perkara yang mungkin kita terlepas dalam kehidupan seharian kita. Daku bertukar kerjaya menjadi LIFE PLANNER dengan AiA. Dalam kita mencari kesedaran untuk mencari solusi terbaik buat diri kita dan ahli keluarga kita. Yup! anda boleh whatsapp saya di link ni untuk maklumat lanjut:- wasap.my/60166993998/naktanyatakaful 

Apa yang saya buat sebagai LifePlanner ni? 

    MEDICAL CARD
* Medik Family - (Medical Card Biasa)

* A-Life Ikhtiar (Premium Medical Card)

    HIBAH
*A-Life Kasih Family (Hibah Biasa)
*Legasi (Premium Hibah)

    SAVING & INVESTMENT
* Enrich Gold
* Enrich Rezeki (Masuk dengan Global Fund)

Semua pakej diatas adalah patuh syariah dan inshaaAllah ade panel Syariah dari syarikat, jadi tak perlu ade rasa ragu - ragu. 

OK! gais, sampai sini dulu untuk penulisan kali ini, inshaaAllah akan menyusul lebih detail berkenaan tawaran di penulisan akan datang.. 

PS: Terima Kasih diucapkan kepada semua pembaca di Blog saya ini,(ade ke lagi??) . lama dah dunia BLog ni berlalu. Dunia sekarang lebih kepada VLog (channel YT saya : https://www.youtube.com/ptrguyz . dalam channel saya banyak berkisarkan travel, JOM SUPPORT SHARE & SUBSCRIBE) 

Tuesday, June 8, 2021

Percuma RM1000 LumpSum!!!

 Assalamualaikum...

Covid-19.. satu fenomena yang tidak disangka - sangka kewujudannya, namun kehidupan harian perlu juga dilaksanakan, Dalam pada kita mengurangkan risiko jangkitan virus ini dari berjangkit, kita juga tidak dapat mengelak dari terkena jangkitan ni kerana tidak diketahui siapa pembawa diantara yang berada sekeliling kita, apa pun yang kita lakukan perlu lebih berhati-hati.

Pertama sekali Al-Fatihah buat arwah WAN (Atok) yang juga Syahid dalam melawan Virus C-19 ni minggu lepas #covidisreal.

Berbalik pada tajuk saya, jika anda masih mencari perlidungan takaful, saya boleh cadangkan AiA buat masa sekarang ni, kerana ada plan Takful mereka yang best dengan Covid-19 ni. YUP!! anda akan dapat RM1000 LumpSump jika anda dikenakan kuarantin akibat virus ni tak kira jika anda hanya dikuarantin dirumah, tapi dengan syarat anda perlulah memegang mana-mana polisi Takaful dari AiA. Banyak lagi plan diorang yang best-best. 

Bukan kita minta untuk virus ni lekat pada kita mahupun ahli keluarga kita, atleast kita ada sesuatu untuk lindungi kita dari sudut kewangan, yer la! mungkin dalam masa kita kuarantin tidak boleh berbuat apa-apa atleast bila dah sembuh kita dah ada RM1000 untuk kita gunakan, boleh jadi tambah modal perniagaan kecil-kecilan kita yang tergendala, atau pun mungkin buat tambah perbelanjaan kita.

Jadi tak rugi pun ambil plan takaful ni, kita boleh berbincang dengan Life Planner kita macam mana budget  kita. Memandangkan kos rawatan yang kian hari makin meningkat dan Hospital Kerajaan juga makin ramai pesakit. OK, walau apa pun, atas kita dalam memikirkan apa yang terbaik untuk kita dan keluarga kita. Jaga diri, Jaga kesihatan, ikut saranan s.o.p.. InshaaAllah kita mampu kembalikan ZERO kes macam dulu.. saya sertakan pautan ni untuk anda register jika berminat & Life Planner akan hubungi anda. (Cepat!! PLAN NI HANYA ADA SEHINGGA 30Jun2021 sahaja, coverage sehingga Desember 2021 untuk Covid19 ni)


(Klik pada gambar untuk direct register)

PS: Saya sudah merasa kehilangan orang yang tersayang diserang Covid -19, Nun jauh di utaQa yang mana saya tidak dapat langsung menjenguk, menguruskan, mahupun tatap wajah buat kali terakhir, kerana pemergian akibat virus amatlah dikawal dengan penuh sop. Hanya mampu solat jenazah Ghaib dan tahlil dari jauh.





Saturday, May 29, 2021

ISTERI TERKAPAI BILA SUAMI TIADA

 Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah kebanyakan antara kita sekarang sudah ada perndapatan sendiri yang baik, tambah pula ada income melalui perniagaan yang dibina bersama teman hidup sesuatu yang sangat patut kita syukur. dalam usia kita membina kehidupan ke arah yang lebih baik dengan mempunyai mahligai impian adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap orang.

- mempunyai rumah impian bersama PASANGAN hidup dan anak beranak
- kita punyai kerjaya yang bagus juga & diberi juga bantuan INSURANCE dari syarikat
- kita usahakan juga perniagaan yang baik dan PENDAPATAN bagus
- kita berjaya membahagiakan orang yang kita sayang.. ALHAMDULILLAH

TAPI!! dalam usaha kita membina kehidupan kita yang lebih baik ini... adakah kita pasti yang akan berterusan baik??

pernahkah anda fikir perkara apa uijian kita akan datang? mungkin kita boleh cakap TAKPERLAH!! itu nanti2 kita IKHTIAR nanti?? pasti ker bila tiba masanya nanti kita mampu selesaikan?

- PASANGAN kita terkapai untuk membayar rumah kita bila kita tiada.
- kerjaya yang kita bina di syarikat sekarang tidak lagi beri INSURAN bila kita pencen/tidak bekerja setelah hilang upaya.(bila dah pencen nak beli TAKUFUL dah harga mahal & berpenyakit tidak cover)
- PERNIAGAAN kita tergendala akibat bebenan selepas kita jatuh sakit.
- BAHAGIAkah orang yang kita sayang bila kita ditimpa musibah?

................................

HIBAH!!!!

................................

Kenapa HIBAH???

- segala yang anda HIBAHkan akan diberikan kepada org yang anda HIBAH..contoh
ISTERI/SUAMI/anak2 /MakAyah
- Hibah tak perlu melalui Faraid, kerana HIBAH adalah hadiah dari kita kepada orang yang kita kehendak

==================

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh Whatsapp saya

AiA Life Planner




Monday, December 2, 2019

KAPAL TERBANG PILIHAN #Destinasi #TIPS

Assalamualaikum...

   Dah dua minggu aku tak blogging (means dari new start nih). Jadi, harini aku nak menulis sedikit pasal pilihan penerbangan. Haaa... ape yang menariknya dengan pilihan penerbangan ni??  Aku anggap sebagai diri aku dan flight macam mana pilihan yang aku minat? sama ada tambang murah, flight kecik, atau flight besar yang selesa dan mungkin harga.

Bagi aku secara personally  memang suka pilih flight yang besar (wide-body), mungkin rasa lebih selesa atau tak terasa gegaran masa take-off/landing. Sebenarnya kalian juga boleh ambil flight besar ini hanya untuk negara berdekatan kita sahaja malah flight ni dari luar negara, sebagai contoh seperti menuju ke negara berhampiran keliling kita sahaja yang berdurasi penerbangan 1 ke 2 jam jerh..

Selalunye kalau durasi macam ni, mesti akan kita naik flight yang lebih kecil seperti yang dalam negeri (AirAsia A320, atau MH B737 atau Malindo B737 atau Firefly ATR). Sini aku nak kongsi sedikit antara flight yang boleh kalian pilih. Bawah ni adalah negara dan penerbangan dengan kapal widebody yang boleh anda pilih.


SINGAPORE

Malaysia Airlines(MH) : Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Singapure iaitu A330-300. jadi jika anda hendak naik kapal besar milik MH, boleh tekan detail flight semasa membuat pilihan masa penerbangan nanti.

Singapore Airlines(SQ) : Singapore Airlines ade 2slot(masa aku semak ni) dia menggunakan A350-900 jadi kalau anda nak merasa naik kapal besar tapi mahukan penerbangan singkat, bolehlah try ni. Ketika hendak pilih masa penerbangan anda, pastikan anda tekan dahulu detail flight untuk melihat flight apa yang digunakan pada masa pilihan anda tersebut.

Ethiopian Airlines(ET)  : Ethiopian Airlines ni flight dari luar transit di Kuala Lumpur sebelum dia ke Singapura. kalau anda mahu merasai suasana penerbangan yang berbeza, mungkin ET adalah sesuatu yang baru untuk anda cuba, tapi kebiasaannya flight transit dari luar ni bukan setiap hari ada dan hanya beberapa hari sahaja seminggu. Anda boleh semak dilaman sesawang mereka untuk masa dan tarikh yang sesuai. Flight yang digunakan masa sekarang ni adalah Boieng Dreamliner B787-800

Air Mauritius(MK)  : Sama juga seperti ET, flight Air Mauritius cuma flight ni akan masuk dulu Singapura dan akhir di Kuala Lumpur. then kembali ke Singapura sebelum ke Mauritius Hub untuk Airline ni. Masa dan tarikh untuk flight ni jugak tidak setiap hari ada, hanya beberapa hari sahaja seminggu, anda boleh menempah melalui laman sesawang mereka dan lihat detail tarikh dan masa disitu. Air Mauritius menggunakan pesawat Airbus terbaru  A330-900Neo.


BANGKOK

Malaysia Airlines(MH) : Yup!! Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Bangkok. Kalau anda lihat di laman sesawang MH, mungkin banyak pilihan masa yang mereka bagi, jadi silalah tekan Detail Flight yang kebiasaannya akan ada disetiap masa flight dan setiap jadual airline. Untuk MH, mereka menggunakan pesawat A330-300 bagi pesawat besar dan B737-800 bagi kebanyakannya.

Thai Airways(TG) : Bagi Thai airways pula mereka juga ada menyediakan laluan ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali penerbangan sehari. anda boleh ke laman sesawang mereka untuk membuat tempahan dan pesawat yang mereka gunakan adalah dari Boeing B777-200/300. tapi aku baru je naik ni masa ke Beijing haritu, servis memang terbaik.


(TG BKK-KUL B777-300)

Royal Jordanian(RJ)  : Haaa... tak semestinya nak ke Jordan sahaja boleh naik flight diorang. Kalau anda nak rasa naik flight yang dilayan oleh peramugari/ra Jordan, mungkin anda boleh try flight ni ke Bangkok. RJ ni direct flight dari Kuala Lumpur ke Jordan dan Transit di Bangkok sekejap. kalau anda mahu ke Jordan anda perlu keluar sekejap flight dan tunggu kembali di gate bersama penumpang dari Bangkok. dan terbang kembali ke Jordan dengan flight yang sama. RJ menggunakan kapal dari Boeing B787 dream liner. macam flight transit lain, tak semua hari dia ade... 



JAKARTA

Malaysia Airlines(MH) : Sama juga seperti destinasi diatas, Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Jakarta. Kalau anda lihat di laman sesawang MH, mungkin banyak pilihan masa yang mereka bagi. Untuk MH, mereka menggunakan pesawat A330-200 bagi pesawat besar dan B737-800 bagi kebanyakan jadualnya.


KLM(KL)  : Lama dahulu aku naik flight ni, ni la 1st time aku naik flight besar B777-200 kot dulu tahun 2012 dari KUL CGK ni. Untuk makluman anda juga KLM sekarang menggunakan pesawat dari Boeing B777-300 dan lebih baru untuk interiornya. servis baik juga nih.

 
(Gambar masa 2012 B777, yang pasti sekarang KLM dah update flight)

Jadi, bagaimana pandangan anda? ingin rasai peluang naik pesawat dari negara lain dan lebih besar dari pesawat domestik yang sekian ada? tak perlu terbang jauh, hanya ke negara jiran kita sahaja.pon boleh merasa. cuma perlukan poket berisi lebih sikit. Aku cadangkan tengak pada musim-musim promosi, inshaaAllah boleh dapat underrate punya harge..

okeh ini sahaja yang aku ingat.. harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kalian yang berhajat untuk terbang jauh.. semoga ia bermanfaat dan akhir kata.. Maaf andai penulisan aku ini bersahaja dan melukai hatimu yang membaca..(aisehhh) mungkin ada lagi penerbangan yang aku tak tahu, anda boleh share dengan komen dibawah.

saksikan video2 aku di siaran youtube aku di  www.youtube.com/ptrguyz dan jangan lupa like, share dan subscribes juga comment diruangan comment. Tekan butang loceng untuk aktifkan notification untuk video2 seterusnya. Aku awali dengan ucapan terima kasih many2 bagi sesiapa yang dah buat apa yang aku tulih ni..

Adiozz!!

Tuesday, November 19, 2019

TERBANG JAUH DENGAN BAYI #TRAVEL #TIPS

Assalamualaikum... hai.. 

   Haa.. seperti mana tajuk diatas ni.. aku cuma bagi cara aku dan bukan dari professional punya pandangan.. yup.. aku orang marhaein.. Mera nam Hilmi.. OPS!!! Hindustani nehi hey.. aduhh.. oiii.. Malay plizzz... 

  Okeh... Ni kisah aku bulan 4 (APRIL)2019 bawak anak aku yang baru je cecah 6 bulan ke Turkey untuk Musim Tulipss.. WOW!! lawo baqHang.. dan aku macam biasa sebagai Leader untuk group juga.. Dengan penerbangan EMIRATE transit di DUBAI lebih dari 4jam.. haa... 4 jam lebey hang tau... jadi, apa yang perlu dipersiapkan untuk sikecik tu.. nah list yang simple buat yang perlu tahu.. 


(Di Mevlana Mosq, Konya)

Check-list:-
1. SUSU - yup.. bagi bayi yang minum susu formula, kena budget berapa lama flight hour +- transit hour, oleh yiituuu sediakanlah susu/bancuhan secukupnya mengikut perkiraan masa anak anda minum, sebagai contoh.. kalau dia minum 4jam sekali jadi buat kira2 masa travel berapa lama dan masa nyusu anak anda berapa banyak dalam tempoh tu.. kalau boleh lebihkan sikit.. takut flight delay atau terlapo lebih pulok.. haha.. soo.. tak perlu bawak satu tin naik atas cabin.. sebab berat nak usung(gate airport bukan dekat2 woo)..

2. LAMPIN - bagi aku lampin kena lebih sikit takper, sebabnya takut nanti dia poo2 ke cin2 kerap ke haa.. takkan nak pakai lampin wanita pulokkk... 

3. PERSALINAN - Pakaian bayi juga perlu dibawa extra.. berkemungkinan dia memerlukan pada masa transit nak bersiram ke bagi selesa sikitt.. Kalau musm sejuk, ready sesiap baju sejuk bawak naik atas flight.. sebabnya bila sampai keluar kapal.. kompom dah rasa sejuknya musim WiNter tuu.. 

4. AIR - air panas dan sejuk.. opkos untuk bancuh susu atas flight.. jangan risau.. kebiasaannya akan lepas dari security, bagitau habaq kat dia for BABIES.. so jangan guna bekas air mineral yerrr..sebab tu tak lepas.. hokeyh.. 

5. STROLLER - yup.. ingat apa ka.. ini penting juga.. nanti di airport dia nak tidoQ hampa nak terlentang jadi tilam ka.. jadi bawak sekali stroller... aku cari yang traveller punya boleh lipat dan bawak naik cabin sekali senang... bila transit pun anak tidor dengan lena dalam tu.. 

6. BASINET - ok yang ni kena request masa buat tempahan seat airline, kalau tak hampa kena pangku la selama penerbangan.. jenuh kalau 8jam++ punya flight.. mcm haritu flight aku dari KUL - DUB 7jam++ DUB - IST 5jam++ lebih kurang la.. hahaha.. maka jadi robot kluaq flight kalau pangku.. Anda akan diberikan seat depan dengan dinding macam dalam gambaQ nih.. 


(Basinet, Tidoq lena)

7. MAKAN - kalau bayi anda dah boleh makan, maka bawak ler makanannya sekali.. kalau tak mintak dengan airline(boleh buat tempahan masa booking ticket) atau sesetengah airline memang ada sediakan makanan bayi macam EMIRATE ni.. 

8. UBAT - ubat bayi kena bawak juga.. kot tetiba dia demam ke masa on flight sebab tak biasa on the sky kan.. boleh je g klinik bawak bayi sebelum fly tu, buat check dulu then bagitau doc nak ambil sekali ubat deman batuk selsema dia untuk stanby sebab nak fly jawuhh...terbawa lukisan hatimu... ops..


okeh ini sahaja yang aku ingat.. harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kalian yang berhajat untuk terbang jauh.. semoga ia bermanfaat dan akhir kata.. Maaf andai penulisan aku ini bersahaja dan melukai hatimu yang membaca.. andai ada lagi pandangan dari korang yang nak tambah tips ni.. boleh komen2 dibawah, jadi kita boleh kongsi untuk next penerbangan.. inshaaAllah..

saksikan video2 aku di siaran youtube aku di  www.youtube.com/ptrguyz dan jangan lupa like, share dan subscribes juga comment diruangan comment. Tekan butang loceng untuk aktifkan notification untuk video2 seterusnya. Aku awali dengan ucapan terima kasih many2 bagi sesiapa yang dah buat apa yang aku tulih ni.. 

Sekian..

Monday, November 4, 2019

MOSLIM MEAL dalam pernerbangan #tips #travel

Assalamualaikum,

Hai reader2 sekalian (ade ke?haha..), kali ni aku nak cerita sedikit tentang penerbangan dari Kuala Lumpur ke luar negara yang bukan dari syarikat penerbangan dalam Malaysia.Contoh syarikat penerbangan dari negara kita Malaysia (Malaysia Airlines, Malindo Air, Air Asia, Fire Flyz).

Dari syarikat negara Muslim yang lain pula adalah seperti (Qatar Airways, Emirate, Etihad, Saudi Airline, Oman Air, Garuda Airlines) yang mana syarikat ni semua kita tidak perlu risau  akan Ke-Halal-an makanannya jika kita mempunyai connecting flight  untuk ke destinasi seterusnya.

bagi yang tak tahu lagi, sebenarnya kesumua Airline yang masuk dan keluar melalui Kuala Lumpur perlu menyediakan makanan Halal untuk penumpang, bagi yang vegetarian pula boleh request special meal  semasa membuat tempahan. Muslim juga boleh request untuk MOSLIM MEAL untuk connecting flight nanti.

Nah gambar makan di atas THAI Airways dari KUL - Bangkkok.. lanjerrr sikitt...

(Dalam flight B777-300 KUL-BKK)

(Ni contoh makanan Halal yang disediakan oleh Thai Catering dari KUL -BKK)

Jadi untuk connecting flight  dari Bangkok > Beijing untuk semua penerbangan dalam dunia ni akan ada sticker MOML menandakan MOSLIM MEAL (anda akan diberikan keutamaan dapat makan awal dari penumpang yang lain). 

(Ni pulak MOSLIM MEAL dari PVG-BKK"Shanghai - Bangkok")

Nampak sticker hijau tu tertulis MOML jadi untuk dapatkan makanan ni anda perlu request masa booking ticket atau bagitau pada agent yang anda tempah. Yang pastinya, anda boleh minta minuman panas tea/coffee dan juga jus bila2 masa sahaja dalam pernerbangan anda. 
Sekian sahaja coretan untuk kali ni.. 

Anda boleh menonton video travel saya di Youtube Channel ni: https://www.youtube.com/user/ptrguyz boleh Share, Like & Subscribes dan tinggalkan komen untuk saya perbaiki apa yang terkurang.. 

akhir kata,
Arigatao Gozaimaz, xiexie, kamsa hamida, shukran, terima kasih, kap kun kap, 

Thursday, October 17, 2019

PERMULAAN KEMBALI

Assalamualaikum...

Sememangnya dah lama aku tinggalkan dunia menulis blog ni.. akan tetapi terdapat sesuatu yang mungkin berguna dengan blog ni nanti dan isi kandungan yang bakal dimulakan kembali dan sedikit sebanyak perkongsian sesuatu yang mungkin memberikan kebaikan dan mungkin juga pengalaman dalam aku tempuhi dalam dunia pengembaraan.

InshaaAllah, akan dimulakan balik kisah Aku n Life ni dengan topik dan tajuk yang lebih menarik dan santai.. jangan lupa Subscribe Like & Share di laman youtube aku di Link ni https://www.youtube.com/ptrguyz  anda boleh tinggalkan komen juga yang mungkin memberikan idea untuk membolehkan penambahbaikan.. haaa.. ayat mau mcm DBP sikit tapi... krikk!!krikk!!krik!!

Jumpa lagi di episod akan datang dalamm.... 


Wednesday, February 4, 2015

Bisik Hati...




Cantiknya dia adalah dari pandangan hatiku...
- Pada akhlaknya

- Sifatnya 
- Pergaulannya 
- dan Ibadahnya

Allahhuakhbar... tersentuh jiwa.. pintu yang tertutup kembali terbuka..
walau begitu.. ketentuan itu dari yang maha esa.. yang terbaik buatnya mahu pun diriku..
redha adalah pilihanku... Singgahnya mungkin hanya sementara..

PS: FUHH!!! tiub habok dalam  ni.. Terjiwa pulak tetiba... sesekali xper kan... hahahaha.. jemmed otak jap.. selamat tahun baru.. lambat wish.. almaklumlah.. masa itu limited..

Monday, June 30, 2014

PERTH DAY 3rd (Freemantle City)

Assalamualaikum,

CICERELLO'S FISH & CHIPS

   Selesai menempuhi perjalanan yang jauh dan tido di petrol station sejam dua link sini. Kami tiba di pekan kecil Fremantle, apa lagi waze direction ke Restaurant Fish N Chips yang famous tu. Cari makan dulu, lapaq wooo.. Bila tiba disitu, restaurant dia bebetul tepi perlabuhan tempat nelayan turunkan hasil laut.. boleh tengoklah kapal2 besar yang tersusun cantik. serious xada bau2an hanyir atau busuk2 hasil laut langsung. sangat nyaman dan banyak seagull. Dekat sini ada dua restaurant FnC yang terkenal. satu lagi Kailis'. Tapi rata2 blogger kata Circerello's ni ok so kami pon layan lah d sini. Harga boleh tahan, aku pun xingat aku amik menu ape, tapi dia punya ingredient(Nenas gore, ikan, sotong,chip,). layan gambar jelah.. eh..eh..  

 (Masuk ke belakang jer anda akan dapat melihat kapal2 besar yang terletak sebegini.. ayat xleh control)

 (Nie menu dia.. terkabur sedikit..)

 (Concept order and duduk... cashier akan kasi satu alat.. andai order dah siap maka dia berbunyi dan pergilah ambil.. silap paham yer..)

 (Nielah dia kanan yang kami order.. serious xder rasa ape2.. hmmm lupa nak cari garam lertew.. hish..)

 (Seagull yang sangat banyak.. jadi jagalah makanan anda sebelum anda kenyang.. lepas kenyang xjaga pun xpadah..haha)

 (Sebelah sana dah boleh nampak Kellis')

 (Dua jejaka Perth spotted..hat ni rambut depa x blond2)

   (Tetiba macam dalam kartun yang kapal dia boleh cakap..oh imaginasi..)

Selesai melantak, kami berjalan2 sekitar situ, ade ferish wheel nak naik harga mahal plak.. so pusing kat padang kejap amik hangin dan buang hangin.. pastu blah.. hahaha.. cari pasar Fremantle.. Untuk makluman pasar ni bukak dari Hari Jumaat sampai Ahad jer. so 3hari je.. so berkesempatan kami lihat dan membeli bahan2 masak untuk makan malam.. yeaahh ader cheff sorang.. so perut happy dikala malam.. hahaha.. 

 (Area harbour dekat ngn Fish N Chips)

 (Padang yang ramai org beriadah di sini)



 (Tram ni free jer tak silap, dia bawak pusing tempat2 tarikan d freemantle nih)

 (Bersihkan nampak jalan.. walaupun area harbour.. model ade tu..)


 (ok ni dalam pasar freemantle.. kawasan basah ke kering ke.. tetap kering dan clear..)


Selesai membeli semua, kami pun mencari Hotel.. actually ia adalah sebuah apartment.. haaa.. ni lah sebab beli di agoda. patutlah search Hotel x jumpa... haha.. tapi comfey serious sangat dekat nak berjalan ke town(Small town freemantle), so saving minyak disitu. Semasa nak check-in kisahnya agak konflix sikit sbb nya :-
1) ia apartment so xdak receptionist lobi untuk check-in
2) Nak tipon nombor aussie, nset aku xdak line seh maxis.. mmg out terus.
3) agoda adalah orang tengah owner aprtment dengan kami.(lama buang masa disini, terpinga2 camna nak masuk nih, sampai ada org apartment tu nak tolonglah takut2 kami kena tipu, respect dia tolong dengan sungguh2.)
4) kena contact agoda then dia inform owner then kena contact balik... (JEMMED SUNGGUH SYSTEM CAMNIH)

Nasib Kiss punya dia dah buat roaming sesiap.. so paw la dia punya phone untuk contact2 mengcontact nih.. haih... tapi owner sangat friendly dan besh.. siap kasi pinjam Hudle WiFi dan topup.. hehehe. so sekarang dah ada contact direct so, nanti nak repeat senang dah. 

Facilities yang ada dlm apartment tu:-
1) parking kereta auto gate siap.
2) tv
3) aircond/heater
4) kitchen 
5)freezer
6)Microwave
7) Ruang tamu with bed&1 rooms with queen bed.
8)Toilet.
Ground apartment ada dobi coin. so boleh membasuh juga.

Jadi inilah gambar nya:-

 (hall Apartment)

 (haaa.. kan macam2 ada untuk dimasak dikabinet.. tapiii... expired sudah beli baru..)


 (dapat jugak makan nasik ngn sardin dan telur.. yg syiokk kat pasar freemantle leh nego ngan org jual minyak nak beli sikit jer.. xsampai seliter, sangat friendly.. kekeke)

 (pemandangan dari atas, depan tu dah mcm small town.. sangat dekat.)


(tulis sikit komen2.. :P )






(sini juga nampak Port Fremantle)


(ni lah dia ropernyer apartment kami sewa..)

so sampai sini jah dulu kot, sok2 lusa2 cheq hapdate lagi nahhhh...banyak plak gambar cheq belanja... nak belanja hangpa semua pi xmampu.. gambar pun kira ok lah kan..kan.. cachinggg!!!