Showing posts with label cervantes. Show all posts
Showing posts with label cervantes. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

PERTH Day2 (Cervantes, Pinnacles Desert)

Assalamualaikum,

CERVANTES
     Lamanya dah tingal story2 kembara aku d Perth, so untuk preview boleh klik sini. So lepas snap2 enjoy di Lancellin, kami meneruskan perjalan ke Cervantes, ianya di wilayah pedalaman sedikit tapi amat tenang. Perjalanan dari Perth mengambil masa dalam 3 ke 4 jam pemanduan dengan pemandangan awesome. Tiba di cerventes agak ptg dan hampir malam, maklumlah musim sejuk di Australia pkl 5 dah gelap seperti 8malam. Jadi agak terbatas juga dan semua kedai telah tutup operasi. opss.. Jap2.. lupa plak ceghita Check-in Motel. tgk gambar jer lah ehh.. 

(Nie adalah pemandangan area Hotel, bukak pintu belakang nampak jalan besar)

 (ni dlm pkl 4 kalau xsilap, dah nak gelap.)

 (Motel amat selesa ade tV, Ruang tamu ade katil Queen, ade bilik satu ader double bed, ader freezer, microwave, senang citer dapurlah boleh main masak2.)

 (haa nindia dapoq baqhang.. abaikan kasut2 itu..)

 (Makan malam dan makan siang, tak rasa pon macam lunch sbb dah tetiba malam awal, haha.. serunding roti ngn megi, ok lah kan alas perut dulu, untuk esok)

 (ni pintu depan kecik sangat, pintu belakang glass sliding door)

(Okeyh, nilah depan Motel tu, receptionist n ader kedai makan kat situ, halal diragui yer.. )

Okeyh, nampak tak kat situ kami dah jimat makan malam ngan tgh hari, lapaq baqhang, tapi Motel ade menyediakan BBQ malam tu dan menjemput kami untuk sertai. tapi yerlah, takkan nak ngap kot tanpa ragu2 kena lembu katik ka haaa jenuh. soooo.. play safe with your foods.. hehehe.

PINNACLE DESERT

     Habih cerita hari pertama, masuk hari kedua, bangun pagi dan breakfast megi, ade dapur kenapa tak masak?? alkisahnya kat sini masa kami sampai xnampak pulak Groceries shop. Almaklumlah pekan kecik sahaja. tapi sebenarnya area sini ade pantai yang cantik Indian Ocean. tujuan sebenar sewa dan bermalam disini adalah nak ker Pinnacle Desert nih. aper tu?? tgk jerlah gambar dulu eh.. 

 (haa.. nilah dia Pinnacle Desert, padang pasir busut kot.. unik dan ganjilkan.. tapi ia bukalah tempat anai2 or kelkatu.. aku mampu terbang seketika.. )

 (Ablob juga mampu terbang... korang hadoo??)




 (Kami bertiga.. yang pasti kiss xmampu terbang pada ketika itu... hahaha.. jgn marah eh.. )


(Ni adalah signboard di pintu entrance dia.. xsilap dekat dengan guard house.)

masa kami sampai pun kira awal juga, xder orang jaga disitu. agak buntu jap camner nak bayar, tapi jangan risau situ ada intruction camner nak bayar, jujurlah dalam hidup kita. ambil sampul dan masukkan AUD11 dan masuk dalam peti, disampul ader form tulis nombor kereta phone n jumlah visitor, selesaii....

Habis berejam disitu.. kami memulakan perjalan menuju ke Fremantle yang terkenal dengan Harbour town. semasa dalam perjalanan sempat jugak tido sejam dua di petrol station. hahaha.. nampak letih drive jawuh tu.. ok, next chapter should be FREMANTLE for 2 night.


(Jalan yang kami cross.. Dari Pinnacles ke Fremantle)

(Fremantle Harbour)

to be continue........(Fremantle)

Thursday, February 20, 2014

PERTH DAY 1(CAVERSHAM, LANCELIN, CERVANTES)

Assalamualaikum,

     Lama2 sekali nak updated AnL, sgt sibuk dengan commitment kerja dan student. Jadinya bermulalah cerita pengembaraan 3 sekawann terbang ke Western Australia dengan minimum budget planning. apa yang dapat dengan minimum budgeet kami ni?? Ternyata seperti dibawah perkara-perkara yang termaktub:- 

1) Sewa kereta selama 6hari(self drive)
2) Motel and Hotel
3) Foods(Fish & Chips Famous in Perth)
4) Attraction places.
5) Airlines Ticketing
6) Tours 3 different places(Cervantes, Fremantle, Perth city).

hmm.. rasanya ok la kot budget gitu.. santai enjoy and memorable. Okeyh.. intro panjang sangat nih.. 
the stories beginn... 

 D7 236
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur LCCT (KUL)
13 Jun 2013, 0005 (12:05 AM)
Perth (PER)
Perth (PER)
13 Jun 2013, 0535 (5:35 AM)


12 JUN 2013... Berkumpul di LCCT, dua lagi kawan datangnya dari Johor. ku menanti ketibaan Flight mereka dan setelah sampai terus ke counter AAX untuk check in barang.


Okey selesai kisah counter, masa mencari dinner, yang pasti tengah kelaparan nih, byk kedai dah close maklumlah LCCT kecuali fastfood sahaja, so lepak dulu d Merybrown bagi membuang sisa2 masa yang tinggal untuk berlepas. Dan....

(The way I walk, to the journey on the sky with AAX to Aussy, dreams just begin..)


 (Arrive Perth International Airport)

Setibanya awal pagi terus ke counter kereta sewa yang telah pun di booking masa MATTA Fairl KL haritu, kebetulan kenal dengan manager dia pulak. So senang terus book tanpa payment. masa amik kereta sahaja kena bagi card untuk d swap. Company pilihan adalah HERTZ sbbnya promotion time tu dia kaawtim. Jadinya aku lah drive all the days on this trips. sewa sekali GPS. Untuk info d Australia boleh diguna pakai kita punya Lesen Malaysia, so xpayah nak ada International License.

 (kereta pilihan toyota hatchback cukup lah untuk 3pax)

Destinasi pertama ada lah Caversham Wildlife Park, x jauh sangat daari airport. ada dalam 30 minit camtu kot. x berapa nak hengat dah. 1st time masuk pintu masuk ke taman ni dah jumpa kangaroo liar yang berlompatan, teruja sekejap. tapi kami sampai awal sangat dan tempat nih pun masih belum buka. jadi singgah sahaja di open park yang ada area tu untuk breakfast yang semestinya dibawa terbang dari malaysia. Jeng..jeng jeng.. ada kisah disebalik penyeludupan.. hahaha... hanya kami bertiga sahaja tahu.. Oh!Serunding.... 

 so layan Gambar jerlah.. jeng..jeng.. 

CAVERSHAM WILDLIFE PARK




(breakfast dulu lapo owh.. sejuk time ni ada dlm 4 ke 6 degree kot..)

 (Natang whombat)


 (Ablop memerah susu lembu.. )

 (Pertunjukan memotong bulu biri2..)

 (Kangaroo putih.. seriously sangat jinak macam kucing baq hang..)


(wassup bro... )

Alkisah di Caversham wildlife sampai sini sahaja. banyak juga attraction yang boleh kita lihat di sini. seperti:-
   1) Kangaroo (boleh feeding, bergomoi-gomoi sebab sangat jinak)
   2) Whombat(tu menatang aper ntah ejaan pon ntah betul ke tidak, sangat lucu.. hanya bangun tidor          dan        kemas2 tempat tido then tido balik.. owh.. ku tertipu ingatkan nak bangun natang nih.. hahaha)
   3) Pertunjukan potong kambing biri2.
   4) Koala pun ade, tapi tak banyak.
   5) Cicak aperntah yang kulit keras.

so setelah berlamaan di sini. kami pun meneruskan perjalanan kami ke Cerventes melalui Lancelin, perjalanan selama 3 Jam ke 4 Jam depend pada keadaan terafik dan cara pemanduan, dinasihatkan ikutlah peraturan jalan raya disini dan bukan perangai pemanduan di Malaysia yer, jangan redah ikut suka jer. tunjuklah etika yang berdisiplin.. hahaha.. 

Lancellin

tiba di sini dalam pkl 3 camtu kalau x silap, jadi dah petang. singgah sebentar sahaja sebabnya Motel kami tak sampai lagi ada dalam lebih kurang 1jam perjalanan lagi. so layan gambar dulu yerkk..


 (Di bukit pasir itu lah tempat pengunjung ber-sandboarding.. layan jugak sebenarnya..xper lah next time)

(Mintak tolong ngn couple dari Singapore shoot jap.. Aku , Ablop, Kiss)

Berkenaan dengan Lancelin nih, sebenarnya sini terkenal dengan activity SandBoarding, tetapi kami tak ber-sandboarding sebabnya dah ptg dan caari tempat sewa board ntah kemana pada awalnya.. hahaha.. singgah sekejap sahaja la.. dan teruskan perjalanan ke Cerventes Motel. tempat agak pedalaman dan tenang. sesuai untuk relax2..

Cervantes > Pinnacle Desert > Fremantle..... to be continue..

Ps: Budget nantilah aku cari, kelupaan dah nih.. serious rindu mau pergi lagi. inshaAllah kalau ada rezki lagi.