Thursday, February 20, 2014

PERTH DAY 1(CAVERSHAM, LANCELIN, CERVANTES)

Assalamualaikum,

     Lama2 sekali nak updated AnL, sgt sibuk dengan commitment kerja dan student. Jadinya bermulalah cerita pengembaraan 3 sekawann terbang ke Western Australia dengan minimum budget planning. apa yang dapat dengan minimum budgeet kami ni?? Ternyata seperti dibawah perkara-perkara yang termaktub:- 

1) Sewa kereta selama 6hari(self drive)
2) Motel and Hotel
3) Foods(Fish & Chips Famous in Perth)
4) Attraction places.
5) Airlines Ticketing
6) Tours 3 different places(Cervantes, Fremantle, Perth city).

hmm.. rasanya ok la kot budget gitu.. santai enjoy and memorable. Okeyh.. intro panjang sangat nih.. 
the stories beginn... 

 D7 236
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur LCCT (KUL)
13 Jun 2013, 0005 (12:05 AM)
Perth (PER)
Perth (PER)
13 Jun 2013, 0535 (5:35 AM)


12 JUN 2013... Berkumpul di LCCT, dua lagi kawan datangnya dari Johor. ku menanti ketibaan Flight mereka dan setelah sampai terus ke counter AAX untuk check in barang.


Okey selesai kisah counter, masa mencari dinner, yang pasti tengah kelaparan nih, byk kedai dah close maklumlah LCCT kecuali fastfood sahaja, so lepak dulu d Merybrown bagi membuang sisa2 masa yang tinggal untuk berlepas. Dan....

(The way I walk, to the journey on the sky with AAX to Aussy, dreams just begin..)


 (Arrive Perth International Airport)

Setibanya awal pagi terus ke counter kereta sewa yang telah pun di booking masa MATTA Fairl KL haritu, kebetulan kenal dengan manager dia pulak. So senang terus book tanpa payment. masa amik kereta sahaja kena bagi card untuk d swap. Company pilihan adalah HERTZ sbbnya promotion time tu dia kaawtim. Jadinya aku lah drive all the days on this trips. sewa sekali GPS. Untuk info d Australia boleh diguna pakai kita punya Lesen Malaysia, so xpayah nak ada International License.

 (kereta pilihan toyota hatchback cukup lah untuk 3pax)

Destinasi pertama ada lah Caversham Wildlife Park, x jauh sangat daari airport. ada dalam 30 minit camtu kot. x berapa nak hengat dah. 1st time masuk pintu masuk ke taman ni dah jumpa kangaroo liar yang berlompatan, teruja sekejap. tapi kami sampai awal sangat dan tempat nih pun masih belum buka. jadi singgah sahaja di open park yang ada area tu untuk breakfast yang semestinya dibawa terbang dari malaysia. Jeng..jeng jeng.. ada kisah disebalik penyeludupan.. hahaha... hanya kami bertiga sahaja tahu.. Oh!Serunding.... 

 so layan Gambar jerlah.. jeng..jeng.. 

CAVERSHAM WILDLIFE PARK




(breakfast dulu lapo owh.. sejuk time ni ada dlm 4 ke 6 degree kot..)

 (Natang whombat)


 (Ablop memerah susu lembu.. )

 (Pertunjukan memotong bulu biri2..)

 (Kangaroo putih.. seriously sangat jinak macam kucing baq hang..)


(wassup bro... )

Alkisah di Caversham wildlife sampai sini sahaja. banyak juga attraction yang boleh kita lihat di sini. seperti:-
   1) Kangaroo (boleh feeding, bergomoi-gomoi sebab sangat jinak)
   2) Whombat(tu menatang aper ntah ejaan pon ntah betul ke tidak, sangat lucu.. hanya bangun tidor          dan        kemas2 tempat tido then tido balik.. owh.. ku tertipu ingatkan nak bangun natang nih.. hahaha)
   3) Pertunjukan potong kambing biri2.
   4) Koala pun ade, tapi tak banyak.
   5) Cicak aperntah yang kulit keras.

so setelah berlamaan di sini. kami pun meneruskan perjalanan kami ke Cerventes melalui Lancelin, perjalanan selama 3 Jam ke 4 Jam depend pada keadaan terafik dan cara pemanduan, dinasihatkan ikutlah peraturan jalan raya disini dan bukan perangai pemanduan di Malaysia yer, jangan redah ikut suka jer. tunjuklah etika yang berdisiplin.. hahaha.. 

Lancellin

tiba di sini dalam pkl 3 camtu kalau x silap, jadi dah petang. singgah sebentar sahaja sebabnya Motel kami tak sampai lagi ada dalam lebih kurang 1jam perjalanan lagi. so layan gambar dulu yerkk..


 (Di bukit pasir itu lah tempat pengunjung ber-sandboarding.. layan jugak sebenarnya..xper lah next time)

(Mintak tolong ngn couple dari Singapore shoot jap.. Aku , Ablop, Kiss)

Berkenaan dengan Lancelin nih, sebenarnya sini terkenal dengan activity SandBoarding, tetapi kami tak ber-sandboarding sebabnya dah ptg dan caari tempat sewa board ntah kemana pada awalnya.. hahaha.. singgah sekejap sahaja la.. dan teruskan perjalanan ke Cerventes Motel. tempat agak pedalaman dan tenang. sesuai untuk relax2..

Cervantes > Pinnacle Desert > Fremantle..... to be continue..

Ps: Budget nantilah aku cari, kelupaan dah nih.. serious rindu mau pergi lagi. inshaAllah kalau ada rezki lagi.

0 comments: