Monday, December 2, 2019

KAPAL TERBANG PILIHAN #Destinasi #TIPS

Assalamualaikum...

   Dah dua minggu aku tak blogging (means dari new start nih). Jadi, harini aku nak menulis sedikit pasal pilihan penerbangan. Haaa... ape yang menariknya dengan pilihan penerbangan ni??  Aku anggap sebagai diri aku dan flight macam mana pilihan yang aku minat? sama ada tambang murah, flight kecik, atau flight besar yang selesa dan mungkin harga.

Bagi aku secara personally  memang suka pilih flight yang besar (wide-body), mungkin rasa lebih selesa atau tak terasa gegaran masa take-off/landing. Sebenarnya kalian juga boleh ambil flight besar ini hanya untuk negara berdekatan kita sahaja malah flight ni dari luar negara, sebagai contoh seperti menuju ke negara berhampiran keliling kita sahaja yang berdurasi penerbangan 1 ke 2 jam jerh..

Selalunye kalau durasi macam ni, mesti akan kita naik flight yang lebih kecil seperti yang dalam negeri (AirAsia A320, atau MH B737 atau Malindo B737 atau Firefly ATR). Sini aku nak kongsi sedikit antara flight yang boleh kalian pilih. Bawah ni adalah negara dan penerbangan dengan kapal widebody yang boleh anda pilih.


SINGAPORE

Malaysia Airlines(MH) : Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Singapure iaitu A330-300. jadi jika anda hendak naik kapal besar milik MH, boleh tekan detail flight semasa membuat pilihan masa penerbangan nanti.

Singapore Airlines(SQ) : Singapore Airlines ade 2slot(masa aku semak ni) dia menggunakan A350-900 jadi kalau anda nak merasa naik kapal besar tapi mahukan penerbangan singkat, bolehlah try ni. Ketika hendak pilih masa penerbangan anda, pastikan anda tekan dahulu detail flight untuk melihat flight apa yang digunakan pada masa pilihan anda tersebut.

Ethiopian Airlines(ET)  : Ethiopian Airlines ni flight dari luar transit di Kuala Lumpur sebelum dia ke Singapura. kalau anda mahu merasai suasana penerbangan yang berbeza, mungkin ET adalah sesuatu yang baru untuk anda cuba, tapi kebiasaannya flight transit dari luar ni bukan setiap hari ada dan hanya beberapa hari sahaja seminggu. Anda boleh semak dilaman sesawang mereka untuk masa dan tarikh yang sesuai. Flight yang digunakan masa sekarang ni adalah Boieng Dreamliner B787-800

Air Mauritius(MK)  : Sama juga seperti ET, flight Air Mauritius cuma flight ni akan masuk dulu Singapura dan akhir di Kuala Lumpur. then kembali ke Singapura sebelum ke Mauritius Hub untuk Airline ni. Masa dan tarikh untuk flight ni jugak tidak setiap hari ada, hanya beberapa hari sahaja seminggu, anda boleh menempah melalui laman sesawang mereka dan lihat detail tarikh dan masa disitu. Air Mauritius menggunakan pesawat Airbus terbaru  A330-900Neo.


BANGKOK

Malaysia Airlines(MH) : Yup!! Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Bangkok. Kalau anda lihat di laman sesawang MH, mungkin banyak pilihan masa yang mereka bagi, jadi silalah tekan Detail Flight yang kebiasaannya akan ada disetiap masa flight dan setiap jadual airline. Untuk MH, mereka menggunakan pesawat A330-300 bagi pesawat besar dan B737-800 bagi kebanyakannya.

Thai Airways(TG) : Bagi Thai airways pula mereka juga ada menyediakan laluan ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali penerbangan sehari. anda boleh ke laman sesawang mereka untuk membuat tempahan dan pesawat yang mereka gunakan adalah dari Boeing B777-200/300. tapi aku baru je naik ni masa ke Beijing haritu, servis memang terbaik.


(TG BKK-KUL B777-300)

Royal Jordanian(RJ)  : Haaa... tak semestinya nak ke Jordan sahaja boleh naik flight diorang. Kalau anda nak rasa naik flight yang dilayan oleh peramugari/ra Jordan, mungkin anda boleh try flight ni ke Bangkok. RJ ni direct flight dari Kuala Lumpur ke Jordan dan Transit di Bangkok sekejap. kalau anda mahu ke Jordan anda perlu keluar sekejap flight dan tunggu kembali di gate bersama penumpang dari Bangkok. dan terbang kembali ke Jordan dengan flight yang sama. RJ menggunakan kapal dari Boeing B787 dream liner. macam flight transit lain, tak semua hari dia ade... 



JAKARTA

Malaysia Airlines(MH) : Sama juga seperti destinasi diatas, Malaysia Airlines juga ada menyediakan 1 slot untuk kapal yang besar ke Jakarta. Kalau anda lihat di laman sesawang MH, mungkin banyak pilihan masa yang mereka bagi. Untuk MH, mereka menggunakan pesawat A330-200 bagi pesawat besar dan B737-800 bagi kebanyakan jadualnya.


KLM(KL)  : Lama dahulu aku naik flight ni, ni la 1st time aku naik flight besar B777-200 kot dulu tahun 2012 dari KUL CGK ni. Untuk makluman anda juga KLM sekarang menggunakan pesawat dari Boeing B777-300 dan lebih baru untuk interiornya. servis baik juga nih.

 
(Gambar masa 2012 B777, yang pasti sekarang KLM dah update flight)

Jadi, bagaimana pandangan anda? ingin rasai peluang naik pesawat dari negara lain dan lebih besar dari pesawat domestik yang sekian ada? tak perlu terbang jauh, hanya ke negara jiran kita sahaja.pon boleh merasa. cuma perlukan poket berisi lebih sikit. Aku cadangkan tengak pada musim-musim promosi, inshaaAllah boleh dapat underrate punya harge..

okeh ini sahaja yang aku ingat.. harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kalian yang berhajat untuk terbang jauh.. semoga ia bermanfaat dan akhir kata.. Maaf andai penulisan aku ini bersahaja dan melukai hatimu yang membaca..(aisehhh) mungkin ada lagi penerbangan yang aku tak tahu, anda boleh share dengan komen dibawah.

saksikan video2 aku di siaran youtube aku di  www.youtube.com/ptrguyz dan jangan lupa like, share dan subscribes juga comment diruangan comment. Tekan butang loceng untuk aktifkan notification untuk video2 seterusnya. Aku awali dengan ucapan terima kasih many2 bagi sesiapa yang dah buat apa yang aku tulih ni..

Adiozz!!