Monday, October 25, 2010

PENANTIAN

Orang kata penantian itu menyeksakan... hurmm. kini aku terasa beb.. seksanyer nak tunggu hari selasa nih.. resah gelisah.. owh.. apa yang aku nantikan? senyap sudey... pedih terasa d rusuk dadaku.. oh kenapa?? cheh..
"moga dipermudahkan segalanya.."

PS: Patutkah aku ber-backpack ke JApOooN.. early next yr?? hoho...

Saturday, October 23, 2010

CHOOSE IT LEAVE IT

Salam semua..salam ujung minggu.. jarang n lama2 jugak aku tak menghupdate blog nih.. mcm yang pernah aku cakap seblum nih.. banyak benda nak kena setup kembali.. perancangan demi perancangan.. tapi apa pon.. INSYAALLAH akan kembali teratur dan ALHAMDULILLAH mula dalam progression yang bagus.. 

Tapi seperkara dalam hidup kita mesti byk keputusan yang kita nak kena lakukan.. antaranya adalah keputusan dalam menentukan hala tuju hidup kita.. jadi buatlah keputusan sebaik mungkin dan pikirkan baik dan buruknya serta masa akan datang dengan keputusan yang bakal kita buat itu.. hehe *poyos lak wat artikel haahaa

Actually aku belajar dari pengalaman aku sendiri.. yang sebelum nih mungkin pernah tersalah buat keputusan.. haha.. how was it? dlm setiap kita mesti semua ada impian.. yes I have it too.. abroad study, getting better life, being a good person, having a great family, and many more. 

pernah suatu ketika aku beriya2 sangat nak abroad study, kesana..kesini.. mencari sesuatu untuk membolehkan aku mendapatkan maklumat how to abroad.. dari education fair sampai head office of institution kat kL nih.. seronok juga bila dah dapat cara penyelesaian n dah tahu cara nak fly away to get my dream comes true.. hahaha.. so some days ader akak yang kerja d office tu coll.. tanya aku.. how?? "dah ready ke nak fly? dah buat persiapan ke?" on sept2008?? erkkk..... ermmm... tahu tak aper aku jawab? "owh akak saya igt saya pilih local university jerlah.. dah ubah fikiran pulak.." haha... bengong jer kan.. punya lah bersusah payah sblum tu untuk mencari ke hulu ke hilir untuk fly.. sekali leh buang camtu jerk??

Friends... yeap.. remembering of my friend kat UK.. "oit.. tunggu aku aku nak nak fly ke sana jugak insyaallah dlm tahun nih gak... reserve bilik or umah utk aku sewa ngn ko pon okeh.." lebih kurang lah kot ayat.. last2 tak g pon.. kenapa?? what wrong?? sebenarnya ader something else yang d pikirkan ketika itu.. so i've made wrong decision and now i'm lose everything that i need.. that i want.. that i created.. all just for something wasted.. hahaha.. so mungkin ader sesuatu yang belum aku nampak.. hokey.. sebenarnya bukan nak cerita kesedihan or what ever it is.. tp just nak share je.. 
bila kita membuat sesuatu keputusan itu.. pastikan dulu apa yang sepatutnya.. yang sebenarnya dan apa kemungkinan selepas itu.. *pikirlah sendiri yerr*.. kekeke.. jangan bila selepas segalanya baru kita menyesal or asyik terpikir2 lepas tu.. thinking rationally before u made a decision .. hokeyhhhhh... pangjang lebar dah oihh.. 

see ya next entry.. salam ukhwah untuk semua...



Monday, October 18, 2010

4 golongan lelaki yang masuk neraka,...

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN