Monday, November 4, 2019

MOSLIM MEAL dalam pernerbangan #tips #travel

Assalamualaikum,

Hai reader2 sekalian (ade ke?haha..), kali ni aku nak cerita sedikit tentang penerbangan dari Kuala Lumpur ke luar negara yang bukan dari syarikat penerbangan dalam Malaysia.Contoh syarikat penerbangan dari negara kita Malaysia (Malaysia Airlines, Malindo Air, Air Asia, Fire Flyz).

Dari syarikat negara Muslim yang lain pula adalah seperti (Qatar Airways, Emirate, Etihad, Saudi Airline, Oman Air, Garuda Airlines) yang mana syarikat ni semua kita tidak perlu risau  akan Ke-Halal-an makanannya jika kita mempunyai connecting flight  untuk ke destinasi seterusnya.

bagi yang tak tahu lagi, sebenarnya kesumua Airline yang masuk dan keluar melalui Kuala Lumpur perlu menyediakan makanan Halal untuk penumpang, bagi yang vegetarian pula boleh request special meal  semasa membuat tempahan. Muslim juga boleh request untuk MOSLIM MEAL untuk connecting flight nanti.

Nah gambar makan di atas THAI Airways dari KUL - Bangkkok.. lanjerrr sikitt...

(Dalam flight B777-300 KUL-BKK)

(Ni contoh makanan Halal yang disediakan oleh Thai Catering dari KUL -BKK)

Jadi untuk connecting flight  dari Bangkok > Beijing untuk semua penerbangan dalam dunia ni akan ada sticker MOML menandakan MOSLIM MEAL (anda akan diberikan keutamaan dapat makan awal dari penumpang yang lain). 

(Ni pulak MOSLIM MEAL dari PVG-BKK"Shanghai - Bangkok")

Nampak sticker hijau tu tertulis MOML jadi untuk dapatkan makanan ni anda perlu request masa booking ticket atau bagitau pada agent yang anda tempah. Yang pastinya, anda boleh minta minuman panas tea/coffee dan juga jus bila2 masa sahaja dalam pernerbangan anda. 
Sekian sahaja coretan untuk kali ni.. 

Anda boleh menonton video travel saya di Youtube Channel ni: https://www.youtube.com/user/ptrguyz boleh Share, Like & Subscribes dan tinggalkan komen untuk saya perbaiki apa yang terkurang.. 

akhir kata,
Arigatao Gozaimaz, xiexie, kamsa hamida, shukran, terima kasih, kap kun kap, 

0 comments: