Tuesday, November 19, 2019

TERBANG JAUH DENGAN BAYI #TRAVEL #TIPS

Assalamualaikum... hai.. 

   Haa.. seperti mana tajuk diatas ni.. aku cuma bagi cara aku dan bukan dari professional punya pandangan.. yup.. aku orang marhaein.. Mera nam Hilmi.. OPS!!! Hindustani nehi hey.. aduhh.. oiii.. Malay plizzz... 

  Okeh... Ni kisah aku bulan 4 (APRIL)2019 bawak anak aku yang baru je cecah 6 bulan ke Turkey untuk Musim Tulipss.. WOW!! lawo baqHang.. dan aku macam biasa sebagai Leader untuk group juga.. Dengan penerbangan EMIRATE transit di DUBAI lebih dari 4jam.. haa... 4 jam lebey hang tau... jadi, apa yang perlu dipersiapkan untuk sikecik tu.. nah list yang simple buat yang perlu tahu.. 


(Di Mevlana Mosq, Konya)

Check-list:-
1. SUSU - yup.. bagi bayi yang minum susu formula, kena budget berapa lama flight hour +- transit hour, oleh yiituuu sediakanlah susu/bancuhan secukupnya mengikut perkiraan masa anak anda minum, sebagai contoh.. kalau dia minum 4jam sekali jadi buat kira2 masa travel berapa lama dan masa nyusu anak anda berapa banyak dalam tempoh tu.. kalau boleh lebihkan sikit.. takut flight delay atau terlapo lebih pulok.. haha.. soo.. tak perlu bawak satu tin naik atas cabin.. sebab berat nak usung(gate airport bukan dekat2 woo)..

2. LAMPIN - bagi aku lampin kena lebih sikit takper, sebabnya takut nanti dia poo2 ke cin2 kerap ke haa.. takkan nak pakai lampin wanita pulokkk... 

3. PERSALINAN - Pakaian bayi juga perlu dibawa extra.. berkemungkinan dia memerlukan pada masa transit nak bersiram ke bagi selesa sikitt.. Kalau musm sejuk, ready sesiap baju sejuk bawak naik atas flight.. sebabnya bila sampai keluar kapal.. kompom dah rasa sejuknya musim WiNter tuu.. 

4. AIR - air panas dan sejuk.. opkos untuk bancuh susu atas flight.. jangan risau.. kebiasaannya akan lepas dari security, bagitau habaq kat dia for BABIES.. so jangan guna bekas air mineral yerrr..sebab tu tak lepas.. hokeyh.. 

5. STROLLER - yup.. ingat apa ka.. ini penting juga.. nanti di airport dia nak tidoQ hampa nak terlentang jadi tilam ka.. jadi bawak sekali stroller... aku cari yang traveller punya boleh lipat dan bawak naik cabin sekali senang... bila transit pun anak tidor dengan lena dalam tu.. 

6. BASINET - ok yang ni kena request masa buat tempahan seat airline, kalau tak hampa kena pangku la selama penerbangan.. jenuh kalau 8jam++ punya flight.. mcm haritu flight aku dari KUL - DUB 7jam++ DUB - IST 5jam++ lebih kurang la.. hahaha.. maka jadi robot kluaq flight kalau pangku.. Anda akan diberikan seat depan dengan dinding macam dalam gambaQ nih.. 


(Basinet, Tidoq lena)

7. MAKAN - kalau bayi anda dah boleh makan, maka bawak ler makanannya sekali.. kalau tak mintak dengan airline(boleh buat tempahan masa booking ticket) atau sesetengah airline memang ada sediakan makanan bayi macam EMIRATE ni.. 

8. UBAT - ubat bayi kena bawak juga.. kot tetiba dia demam ke masa on flight sebab tak biasa on the sky kan.. boleh je g klinik bawak bayi sebelum fly tu, buat check dulu then bagitau doc nak ambil sekali ubat deman batuk selsema dia untuk stanby sebab nak fly jawuhh...terbawa lukisan hatimu... ops..


okeh ini sahaja yang aku ingat.. harap sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kalian yang berhajat untuk terbang jauh.. semoga ia bermanfaat dan akhir kata.. Maaf andai penulisan aku ini bersahaja dan melukai hatimu yang membaca.. andai ada lagi pandangan dari korang yang nak tambah tips ni.. boleh komen2 dibawah, jadi kita boleh kongsi untuk next penerbangan.. inshaaAllah..

saksikan video2 aku di siaran youtube aku di  www.youtube.com/ptrguyz dan jangan lupa like, share dan subscribes juga comment diruangan comment. Tekan butang loceng untuk aktifkan notification untuk video2 seterusnya. Aku awali dengan ucapan terima kasih many2 bagi sesiapa yang dah buat apa yang aku tulih ni.. 

Sekian..

0 comments: