Saturday, February 20, 2010

Wanita...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa...

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Ps: Khas untuk pembaca wanita... jadilah wanita yang disanjungi.. to guyz.. hargailah mereka.. bimbing lah mereka dengan keimanan.. sesungguhnya mereka amat istimewa.. moga hidup kita akan lebih bermakna dan diredhai.. INSYAALLAH... ;)

6 comments:

Wanie-san said...

yupp!lelaki hrgai lah wanita...
tp wanita juga perlu m'hargai lelaki..=]

Hill_Mie said...

senang cter saling menghargai.. dan bertolak ansur.. hehe ;)

white rose said...

tq...

aku menunggu lelaki yg bakal memberikan kata2 ni kpd aku...

aku tetap akan menunggu...

Hill_Mie said...

tunggu jgn tak tunggu weh.. peganglah pada janji ALLAh, "wanita yang solehah akan dapat lelaki yang solehah, begitu lah sebaliknya, wanita yang teruk, untuk lelaki yang teruk, begitulah juga sebaliknya" jd makna kata.. mcm mana perangai kita.. so jodoh kita nanti pon macam tu juga.. so jadilah yang terbaik.. hehe :P

ps:kalau ade salah silap harap betulkan yer.. hehehe :)

white rose said...

tu adeke LELAKI SOLEHAH...
pe mende ko nih...
terlebey taip ke ape...

xjugak,
skrg ni bila wanita solehah dpt kt lelaki yg truk adalah tuk mengubah lelaki tersebut menjadi lebih baik...
Allah Maha Mengetahui...

Hill_Mie said...

hah!! terlebey tulis lah tu... huhuhu... sorie2... hehe...

dunia skang kan.. mcm2 ley jadik.. cerai berai rampas merampas pun boley.. tak tu jodoh macam mn.. hehe..
betul tu.. hanya ALLAH yang tahu segalanya.. :)